Monday, January 24, 2011

Sultan Muhammad Al Fateh =)

macam da lame jer tak update blog nie...walaupun minggu nie minggu yang penuh dengan dugaan mid term yang bertimbun2...aku terpanggil nk update blog nie..erm minggu lepas akhirnya aku berjaya jugak menghabiskan bacaan aku yang bertajuk siri pahlawan islam iaitu Sultan Muhammad al-fateh. minat yang mendalam terhadap beliau yang terkenal dengan kepimpinan beliau yang hebat menakluk konstantinopel yang kini bergelar kota istanbul menyebabkan aku tergerak hati membeli buku siri pahlawan islam ini.

untuk pengetahuan korang, nama beliau hanyalah muhammad. manakal al-fateh pula ialah gelaran beliau yang bermaksud sang penakluk. ni nak citer skit pasal sultan muhammad al-fateh. beliau menaiki takhtakerajaan empayar usmaniah ketika berumur 19 tahun. cendekiawan ulung pada zamannye ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa arab, Latin, greek, serbia, turki, parsi, dam hebrew. beliau seorang yang bersifat tawaduk serta cintakan ulamak.

Selama 2 tahun sultan muhammad mengkaji titik kelemahan kota konstantinopel pada setiap malam, dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang . bersama 150, 000 bala tentera, beliau menggempur kota konstantinopel selepas raja byzantine enggan menyerah diri...akhirnya beliau dapat juga menawan kota istanbul pada tanggal 30 mei 1453 masihi. beliau adalah sebaik2 pemimpin, yang mempunyai tentera yang baik, serta rakyat yang baik...

sepanjang kisah beliau banyak kisah2 menarik yang menunjukkan kekuasaan allah taala..antara nya tentera laut sultan muhammad al-fateh iaitu berjaya melayarkan kapal atas daratan melintasi tanduk emas untuk sampai ke kota konstantinopel. kalau de masa terluang gi la kedai buku mana beli buku nie...selain tamabah pengetahuan pasal islam...kita dapat tingkatkan iman kita pada allah dan dapat manfaat lain....sampai sini saja..=)


ni la bukunya, everyone can afford...=)
 

No comments:

Post a Comment